hai cinta,
semenjak ini kita makin kurang berinteraksi,
bukan aku tak mengerti keadaan mu,
aku cuma merindukanmu
diri ini dibelenggu dengan pelbagai pendapat dan bisikan yang berlegar di akal fikiran
kadang-kadang persoalan yang sama bermain di onak fikiran,
tapi aku percaya sih, yang kau takkan mengkhianati aku, ya ngak?
aku tak suka ingin membangkitkan apa-apa kerana
kita jauh
jarak yang terbentang dihadapan sekarang ini menjadi kayu ukur kesetiaan aku dan kamu serta bagaimana kita memandu nakhoda yang kita bina bersama mengharungi ujian yang ada
aku percaya, dan berpegang pada sumpah mu. Berpasakkan kepercayaanku, aku harap aku dapat terus mempertahankan hubungan yang kita ada
kau pernah berkata untuk tidak menjadikan mitos sebagai subjek untuk kita mengeruhkan hubungan kita
terima kasih atas ajaranmu, ia sedikit sebanyak membantu aku yang mudah dihujani dengan pelbagai andaian yang samar
hai cinta
apa khabarmu di sana? sesungguhnya aku sangat merindukanmu
Comments
Post a Comment