Bismillahirrahmanirrahim,
Harini genap 23 tahun aku bernafas dan berjalan di fasa kehidupan di dunia yang fana ini. Aku tak tahu, untuk lembaran baru kali ini, apa yang hendak ditunjukkan oleh Tuhan dalam mengorak langkah yang pendek dan melelahkan.
Di usia 22 tahun, aku telah dipertemukan dengan pelbagai kenalan. Diberikan rezeki yang melimpah ruah bahkan tanggungjawab yang berat. Disebalik episod suka, turut terselit dukanya. Aku menutup tirai tahun yang lepas dengan menyaksikan proses pemergian kedua-dua sahabat aku. Shaik dan Arief.
Dalam jatah usia yang singkat, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang untuk aku merasai rencah kehidupan yang pelbagai. Kini, aku menarik nafas di usia yang baru bersedia untuk pengembaraan yang baru. Harapnya, redha Allah itu sentiasa berada bersama aku sehingga ke akhir nafas.
Akhir khalam, terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Allah membalas segala doa kalian.
Comments
Post a Comment