Cakera


Dalam kehidupan, setiap peceritaan yang dibawakan oleh seseorang itu acap kali kita mendengar perwatakan yang dibawa individu yang menyampaikan itu pasti seorang susuk yang dilindungi tuhan, tidak pun pasti seseorang yang disakiti atau dijadikan korban.

Pernah ka kita yang menadah telinga ini menilai, apakah sebenarnya yang berlaku disebalik watak antagonis yang dibawakan si pencerita? Adakah hanya ingin berpaksikan sebelah pihak sahaja atau menjadi adil dalam melakukan penilaian dengan mendengar keseluruhan cerita daripada kesemua belah pihak?

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Aku berpaksikan agamaku dan bergantung pada tuhan ku. Buatlah apa yang kau rasa perlu kerana aku tak membina paksi diriku melalui kebergantungan kepada manusia. Sesungguhnya apabila hati sudah mula merasai tawar, sukar untuk berpaling semula ke pangkal jalan kisah yang kita pernah bina bersama.

Comments